Apa itu aurat?
Dalam Syarah Sunan Ibnu Majah juz 1/276, disebutkan, bahwa aurat adalah kullu
maa yastahyii minhu wa yasuu'u shahibahu in yura minhu (setiap yang menyebabkan
malu, dan membawa aib bagi pemiliknya jika terlihat)".
Berkaitan aurat wanita, ada 3 istilah penting di
dalam al-Quran yang mempunyai maksud berbeza iaitu:Jilbab (Al-Ahzab: 59), Hijab
(Surah al-Nur) dan Khimar (Surah al-Nur: 31)
Ikuti penerangan di bawah. Dipetik daripada novel
Sebarkan Cinta-Mu
"Ummu Qasdi: Wanita Arab kebanyakannya
memiliki jilbab (jubah) yang sangat tebal, keras dan tidak membentuk badan
sedikitpun. Oleh sebab itulah khimar atau tudung kepalanya singkat. Ia sudah
memenuhi kehendak menutup aurat.
Sementara di Malaysia, jilbab (baju kurung dan
jubah) kita adalah nipis dan agak menampakkan potongan badan. Oleh sebab itu
kita dianjurkan memakai khimar atau tudung kepala yang labuh."
Qasdi : Hmm,
balik kepada diskusi kita. Silakan mengkritik saya seperti mereka.
Ummu Qasdi : Saya cuma ingin berdiskusi bukan
kritik-mengkritik.
Qasdi : Baik. Apa
jawapan awak untuk soalan saya? Kenapa Islam memenjarakan wanita dengan
memerintahkannya
bertudung? Ia ajaran Islam atau hanya tradisi?
Ummu Qasdi : Bagus sekali soalan ini. Ia sudah
tentu memberat juga di minda anak-anak gadis yang lain.
Ummu Qasdi : Bagi Orientalist, hijab itu
cumalah tradisi Arab tidak kira untuk apa jua agama termasuk Yahudi dan
Kristian. Mereka yang berhijab dianggap
anti-sosial. Itu kefahaman Barat bukan kefahaman Islam.
Qasdi : Ada juga
bijak pandai Muslim yang percaya begitu. Saya sendiri telah membaca tulisan
mereka.
Ummu Qasdi : Mereka sedang keliru dengan
hujah Barat. Doakan Allah pandu mereka kembali.
Qasdi : Saya
yakin mereka berkata begitu dengan bukti dan kajian kerana saya mengenali
sendiri orang Barat
sebagai bangsa yang suka
mengkaji. Saya kini berada di negara Barat.
Ummu Qasdi :Ya, budaya mengkaji sebenarnya
hikmah orang-orang Islam yang hilang. Di manapun kita menemuinya,
kita mesti mengutipnya kembali.
Qasdi : Betulkah
ada Muslim sebaik orang Barat?
Ummu Qasdi : Awak mungkin belum menemuinya.Orang
Islam yang mengkaji dan berakhlak akan mempunyai nilai yang
jauh lebih indah dan suci. Saya akan berdoa moga awak akan
menemuinya.
Qasdi : Kalau awak tahu
situasi saya di sini, hijab ini menyebabkan saya menjadi rendah diri terhadap
lelaki. Bukankah
ini satu diskriminasi wanita? Saya rasa tidak merdeka. Apapun, saya
tahu, saya sedang keliru. Maka, saya
masih tidak meninggalkan hijab
saya.
Ummu Qasdi : Kekeliruan itu lumrah bagi insan yang
mengkaji. Ia akan terlerai menjadi hujah yang teguh apabila
kajian diteruskan dengan adil dan
banyak berdoa.
Qasdi : Sila
jelaskan hujah awak.
Ummu Qasdi : Firman Allah SWT dalam sumber
agung kita, al-Quran al-karim yang bermaksud,
"Wahai
Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri
orang
mukmin,'Hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang
demikian itu
supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar
mereka tidak diganggu.'" Surah al-
Ahzab, ayat 59.
QasdI : Bagaimana pula
dengan segelintir cerdik pandai Muslim yang menafsirkan ayat ma zoharo minha
(apa
yang biasa nampak), dalam Surah
al-Nur, ayat 31, termasuk boleh mendedahkan rambut kerana rambut
itu biasa nampak.
Ummu Qasdi : Firman Allah selengkapnya bermaksud,
....dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka selain
yang biasa nampak (ma zoharo minha). Majoriti ulama menafsirkan
apa yang biasa nampak ialah muka
dan tapak
tangan. Itu juga tafsiran Ibnu Abbas yang memang digredkan sendiri oleh
Rasulullah SAW
sebagai pakar tafsir.
Qasdi : Kalau benar
hijab itu ajaran Islam, bagaimana Islam melayan wanita secara sama dengan kaum
lelaki
dalam hal ini?
Ummu Qasdi: Islam telah meletakkan banyak persamaan
antara wanita dan lelaki dalam nilai kemanusiaan, hak untuk
beribadat, bermuamalat, mendapat pendidikan dan sebagainya.
Cumanya Islam tidak meletakkan
persamaan secara mutlak.
Qasdi :Kenapa?
Ummu Qasdi :Kerana Islam memiliki konsep yang lebih
luas iaitu keadilan. Apa yang awak faham tentang keadilan?
Qasdi :
Meletakkan sesuatu kena pada tempatnya.
Ummu Qasdi: Bijak!
Qasdi : Terus...
Ummu Qasdi: Bagaimana Islam boleh memberikan
persamaan mutlak kepada lelaki dan wanita sedangkan biologi
merekapun ternyata berbeza. Ini menyebabkan
peranan mereka terhadap keseimbangan kehidupan ini juga
agak berbeza.
Contoh yang jelas, wanita mampu melahirkan tetapi lelaki tidak mampu. Maka
tugas
melahirkan itu
diletakkan kepada wanita.
Qasdi : Itu terlalu
jelas, tidak siapapun mempertikaikannya. Bagaimana pula dengan soal mendidik
anak
contohnya.
Kenapa wanita perlu lebih memberi perhatian di rumah berbanding lelaki?
Ummu Qasdi: Bukankah kelembutan dan kasih sayang
seorang wanita itu menyebabkan jiwa anak lebih mudah dilentur?
Malah, secara fitrah, anak lebih menyayangi ibu berbanding ayah kerana ibu
lebih banyak mendampingi
dan menguruskannya. Malah,
Islam menganugerahi darjat ibu 3 kali ganda lebih utama daripada darjat
ayah. Nah, tanggung jawab berat seorang ibu berbalas cinta
mendalam seorang anak. Apa lagi yang
perlu
dicemburukan pada kaum ayah jika mereka kurang memperhatikan anak?
Qasdi : Berbalik pada
soal hijab...
Ummu Qasdi: Hijab atau jilbab?
Qasdi : Bukankah
ia sama?
Ummu Qasdi : Sama tapi tidak serupa. Hijab lebih
luas maksudnya. Ia mencakupi segala sesuatu yang menjadi
pemisah antara lelaki dan wanita
termasuklah jilbab dan khimar. Jilbab lebih spesifik.
Qasdi :Jilbab dan
khimar?
Ummu Qasdi: Jilbab itu dalam Bahasa Arab bermaksud
baju labuh dan longgar dan menjulur hingga ke bawah seperti
jubah dan baju kurung atau baju mana-mana budaya lain yang
memenuhi syarat yang ditetapkan oleh
Islam. Islam
sebagai agama sedunia (a'lami) mempunyai toleransi kepada adat dan budaya
selagi ia
tidak bercanggah syariat.
Qasdi :Khimar pula?Ummu
Qasdi : Khimar adalah tudung kepala. Ia juga wajib sebagaimana disebut
dalam Surah al-Nur.Qasdi : Kenapa ramai wanita Arab yang belajar
di sini memakai jubah yang tebal tetapi tudungnya singkat?
Adakah sempurna auratnya ditutup?
Ummu Qasdi : Wanita Arab kebanyakannya memiliki
jilbab (jubah) yang sangat tebal, keras dan tidak membentuk
badan sedikitpun. Oleh sebab itulah khimar
atau tudung kepalanya singkat. Ia sudah memenuhi
kehendak menutup aurat. Sementara di Malaysia,
jilbab (baju kurung dan jubah) kita adalah nipis dan
agak menampakkan potongan badan. Oleh sebab itu kita dianjurkan memakai
khimar atau tudung kepala
yang labuh.
Qasdi : Kalau begitu,
bicarakan pula hijab dengan definisi yang luas.
Ummu Qasdi: Baiklah. Nuansa kecantikan pada wanita
berbeza dengan lelaki. Lelaki secara fitrahnya ingin
menikmati
keindahan ini. Maka, Islam datang melindungi wanita dengan mengatur cara yang
mulia dan
bermaruah untuk lelaki meneguk
keperluan biologi ini. Bukan sewenang-wenang. Wanita juga tidak
lengkap tanpa lelaki. Islam meletakkan
batasan. Hijab salah satu ubat supaya dapat menjaga batasan.
Advertisement - ILIN1