Monday, April 16, 2012

:: kunfayakun ::




Hati tertanya-tanya,
Mulut membisu tanpa kata,
Diam mengisi diri..
Ilham pergi..
Mulut terkunci..
Jiwa mati..
Hati hilang..
Kosong..
Dalam syahdu rahmatNYA datang,
Penuh sempurna kasihNYA menyapa..
Tika hati kosong salamNYA menyembuh..
ZikirNYA terapi hati..
SujudNYA penenang jiwa,
Dalam kelam beroleh cahaya..
Moga keimanan temui kejayaan..
Moga hati istiqamah dalam iman..
Walau diri sering mengabaikan kasihNYA,
Walau hati tidak tulus dan setiap dalam waktu sujud kepada Pencipta..
Ditemani gangguan nafsu
Dikelirukan dengan perkara lagha
Namun, sinarNYA tetap menyembuhkan hati
KasihNYA tetap menyuburkan jiwa,
RedhaNYA tetap menyuluh jalan keimanan
Moga hati terus bersyukur

Ya Allah, ampuni dosaku
Ampunkan silap dan kelalaianku
Kurniakanlah aku maghfirahMU
Kurniakanlah aku keimanan teguh agar dapat menjadi khalifah berjasa di bumiMU
Jadikanlah aku insan yang bermanfaat,
Dan menyeru amal makruf nahi mungkar
Amin
"Kunfayakun, Jika ALLAH menghendaki sesuat hanya berfirman: 'Jadilah' ; maka jadilah ia."
(Surah Yassin; hujung ayat 82)

:: aurat wanita [ jilbab , khitmar dan hijab ]




Apa itu aurat?
Dalam Syarah Sunan Ibnu Majah juz 1/276, disebutkan, bahwa aurat adalah kullu maa yastahyii minhu wa yasuu'u shahibahu in yura minhu (setiap yang menyebabkan malu, dan membawa aib bagi pemiliknya jika terlihat)". 
Berkaitan aurat wanita, ada 3 istilah penting di dalam al-Quran yang mempunyai maksud berbeza iaitu:Jilbab (Al-Ahzab: 59), Hijab (Surah al-Nur) dan Khimar (Surah al-Nur: 31)
Ikuti penerangan di bawah. Dipetik daripada novel  Sebarkan Cinta-Mu
"Ummu Qasdi: Wanita Arab kebanyakannya memiliki jilbab (jubah) yang sangat tebal, keras dan tidak membentuk badan sedikitpun. Oleh sebab itulah khimar atau tudung kepalanya singkat. Ia sudah memenuhi kehendak menutup aurat.
Sementara di Malaysia, jilbab (baju kurung dan jubah) kita adalah nipis dan agak menampakkan potongan badan. Oleh sebab itu kita dianjurkan memakai khimar atau tudung kepala yang labuh."
Qasdi          : Hmm, balik kepada diskusi kita. Silakan mengkritik saya seperti mereka.
Ummu Qasdi : Saya cuma ingin berdiskusi bukan kritik-mengkritik.
Qasdi          : Baik. Apa jawapan awak untuk soalan saya? Kenapa Islam memenjarakan wanita dengan memerintahkannya                        bertudung? Ia ajaran Islam atau hanya tradisi?
Ummu Qasdi : Bagus sekali soalan ini. Ia sudah tentu memberat juga di minda anak-anak gadis yang lain.

Ummu Qasdi   : Bagi Orientalist, hijab itu cumalah tradisi Arab tidak kira untuk apa jua agama termasuk Yahudi dan                                    Kristian. Mereka yang berhijab dianggap anti-sosial. Itu kefahaman Barat bukan kefahaman Islam.
Qasdi           : Ada juga bijak pandai Muslim yang percaya begitu. Saya sendiri telah membaca tulisan mereka.
Ummu Qasdi  : Mereka sedang keliru dengan hujah Barat. Doakan Allah pandu mereka kembali.
Qasdi           : Saya yakin mereka berkata begitu dengan bukti dan kajian kerana saya mengenali sendiri orang Barat                               sebagai bangsa yang suka mengkaji. Saya kini berada di negara Barat.
Ummu Qasdi  :Ya, budaya mengkaji sebenarnya hikmah orang-orang Islam yang hilang. Di manapun kita menemuinya,                               kita mesti mengutipnya kembali.
Qasdi          : Betulkah ada Muslim sebaik orang Barat?
Ummu Qasdi : Awak mungkin belum menemuinya.Orang Islam yang mengkaji dan berakhlak akan mempunyai nilai yang                              jauh lebih indah dan suci. Saya akan berdoa moga awak akan menemuinya.
Qasdi         : Kalau awak tahu situasi saya di sini, hijab ini menyebabkan saya menjadi rendah diri terhadap lelaki. Bukankah                     ini satu diskriminasi wanita? Saya rasa tidak merdeka. Apapun, saya tahu, saya sedang keliru. Maka, saya                          masih tidak meninggalkan hijab saya.
Ummu Qasdi : Kekeliruan itu lumrah bagi insan yang mengkaji. Ia akan terlerai menjadi hujah yang teguh apabila                                      kajian diteruskan dengan adil dan banyak berdoa.
Qasdi          : Sila jelaskan hujah awak.
Ummu Qasdi  : Firman Allah SWT dalam sumber agung kita, al-Quran al-karim yang bermaksud,
                  "Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang                                          mukmin,'Hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu                                              supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.'" Surah al-                                            Ahzab, ayat 59.
QasdI        : Bagaimana pula dengan segelintir cerdik pandai Muslim yang menafsirkan ayat ma zoharo minha (apa                                 yang biasa nampak), dalam Surah al-Nur, ayat 31, termasuk boleh mendedahkan rambut kerana rambut                             itu biasa nampak.
Ummu Qasdi : Firman Allah selengkapnya bermaksud, ....dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka selain                              yang biasa nampak (ma zoharo minha). Majoriti ulama menafsirkan apa yang biasa nampak ialah muka                                dan tapak tangan. Itu juga tafsiran Ibnu Abbas yang memang digredkan sendiri oleh Rasulullah SAW                                  sebagai pakar tafsir.
Qasdi        : Kalau benar hijab itu ajaran Islam, bagaimana Islam melayan wanita secara sama dengan kaum lelaki                                  dalam hal ini?
Ummu Qasdi: Islam telah meletakkan banyak persamaan antara wanita dan lelaki dalam nilai kemanusiaan, hak untuk                               beribadat, bermuamalat, mendapat pendidikan dan sebagainya. Cumanya Islam tidak meletakkan                                       persamaan secara mutlak.
Qasdi         :Kenapa?        
Ummu Qasdi :Kerana Islam memiliki konsep yang lebih luas iaitu keadilan. Apa yang awak faham tentang keadilan?
Qasdi          : Meletakkan sesuatu kena pada tempatnya.
Ummu Qasdi: Bijak!  
Qasdi         : Terus...                     
Ummu Qasdi: Bagaimana Islam boleh memberikan persamaan mutlak kepada lelaki dan wanita sedangkan biologi                                     merekapun ternyata berbeza. Ini menyebabkan peranan mereka terhadap keseimbangan kehidupan ini juga                         agak berbeza. Contoh yang jelas, wanita mampu melahirkan tetapi lelaki tidak mampu. Maka tugas                                     melahirkan itu diletakkan kepada wanita.
Qasdi        : Itu terlalu jelas, tidak siapapun mempertikaikannya. Bagaimana pula dengan soal mendidik anak                                        contohnya. Kenapa wanita perlu lebih memberi perhatian di rumah berbanding lelaki?
Ummu Qasdi: Bukankah kelembutan dan kasih sayang seorang wanita itu menyebabkan jiwa anak lebih mudah dilentur?                           Malah, secara fitrah, anak lebih menyayangi ibu berbanding ayah kerana ibu lebih banyak mendampingi                               dan menguruskannya. Malah, Islam menganugerahi darjat ibu 3 kali ganda lebih utama daripada darjat                               ayah. Nah, tanggung jawab berat seorang ibu berbalas cinta mendalam seorang anak. Apa lagi yang                                 perlu dicemburukan pada kaum ayah jika mereka kurang memperhatikan anak?
Qasdi        : Berbalik pada soal hijab...
Ummu Qasdi: Hijab atau jilbab?
Qasdi          : Bukankah ia sama?
Ummu Qasdi : Sama tapi tidak serupa. Hijab lebih luas maksudnya. Ia mencakupi segala sesuatu yang menjadi                                        pemisah antara lelaki dan wanita termasuklah jilbab dan khimar. Jilbab lebih spesifik.
Qasdi         :Jilbab dan khimar?
Ummu Qasdi: Jilbab itu dalam Bahasa Arab bermaksud baju labuh dan longgar dan menjulur hingga ke bawah seperti                               jubah dan baju kurung atau baju mana-mana budaya lain yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh                               Islam. Islam sebagai agama sedunia (a'lami) mempunyai toleransi kepada adat dan budaya selagi ia                                   tidak bercanggah syariat.
Qasdi         :Khimar pula?Ummu Qasdi   : Khimar adalah tudung kepala. Ia juga wajib sebagaimana disebut dalam Surah al-Nur.Qasdi    : Kenapa ramai wanita Arab yang belajar di sini memakai jubah yang tebal tetapi tudungnya singkat?                                   Adakah sempurna auratnya ditutup?
Ummu Qasdi : Wanita Arab kebanyakannya memiliki jilbab (jubah) yang sangat tebal, keras dan tidak membentuk                                    badan sedikitpun. Oleh sebab itulah khimar atau tudung kepalanya singkat. Ia sudah memenuhi                                        kehendak menutup aurat. Sementara di Malaysia, jilbab (baju kurung dan jubah) kita adalah nipis dan                               agak menampakkan potongan badan. Oleh sebab itu kita dianjurkan memakai khimar atau tudung kepala                             yang labuh.
Qasdi         : Kalau begitu, bicarakan  pula hijab dengan definisi yang luas.
Ummu Qasdi: Baiklah. Nuansa kecantikan pada wanita berbeza dengan lelaki. Lelaki secara fitrahnya ingin                                              menikmati keindahan ini. Maka, Islam datang melindungi wanita dengan mengatur cara yang mulia dan                                bermaruah untuk lelaki meneguk keperluan biologi ini. Bukan sewenang-wenang. Wanita juga tidak                                    lengkap tanpa lelaki. Islam meletakkan batasan. Hijab salah satu ubat supaya dapat menjaga batasan.
Advertisement - ILIN1

Sunday, April 15, 2012

:: bestfriend till jannah ::



Tangan mencapai telefon bimbit di atas meja. Tangan dilarikan di skrin. Unlock.
1 new message.
Open. Mata dilarikan membaca isi kandungan pesanan tersebut. Nafas ditarik. Perlahan. Exit.
Air mata jatuh, setitis. Sepertinya hati juga sedang menangis.
Sahabatku, aku juga rindu kamu. Bahkan tersangat rindu. Andai sahaja kau tahu betapa aku rindu waktu kita dahulu. Andai sahaja kau tahu ada sahamnya kamu dalam setiap tadahan tanganku. Andai sahaja dapat aku memberitahumu.
Kau kata, kau malu. Malu dengan diriku waktu ini. Malu dengan penampilanku serupa ini. Malu dengan sifatku sekarang ini. Aku sudah berubah. Malah sudah jauh berubah. Sedangkan kau masih di tempat yang sama setelah sekian lama.
Sahabatku, aku pinta. Jangan malu denganku. Malulah kamu dengan Tuhanku. Kerana aku juga sepertimu. Seorang insan biasa, seorang hamba kepada Tuhannya. Aku ini tiada istimewanya. Aku hina. Banyak dosanya. Tidak terhitung jika mahu dikira setiap satunya.
Aku punya pilihan. Aku pilih jalan ini. Aku pasti. Tidak akan pernah berpatah kembali.
Tahu, kau juga punya pilihan. Pilihan untuk mengubah hidupmu. Kau juga boleh berubah. Seperti aku, seperti dia, seperti yang lainnya. Tiada apa yang mustahil. Cuma yang menentukan perubahan apa yang kau pilih. Jalan apa yang kau pilih untuk ikuti.
Kalau benar kau mahu berubah. Pasti akan ada pintu yang Tuhan buka untuk membantu. Pintu-pintu yang kau sendiri tidak sangka akan bertemu dari tempat yang tidak pernah kau tahu. Aku juga pasti, Tuhan akan menghantar orang-orang yang baik untuk bersamamu. Dalam apa jua keadaan, mereka tetap akan teguh bersamamu. Menghulurkan tangan membantu, mengangkat apabila tersungkur, menyedarkan dari kealpaan indah dunia itu. Mereka yang akan bersamamu. Bersusah payah mempimpinmu untuk berubah.

Sahabat, andai sahaja kau tahu indahnya hidup ketika diri sujud menghadap Ilahi. Andai sahaja kau tahu indahnya perasaan ketika ditemani dengan redha dan syukurmu terhadap Ilahi. Andai sahaja kau tahu keindahan sebenar dunia apabila sentiasa ditemani bayangan mati.
Aku pasti.
Bahawa kau tidak akan berlengah lagi. Kau tidak akan berkata sekejap lagi. Kau tidak akan tunggu tibanya nanti.
Aku pasti.
Kau akan bersujud tika ini. Kau akan memohon ampun saat ini. Kau akan redha atas ketentuan hidup yang diberi. Kau tidak akan pernah berniat untuk kembali kepada kehidupan indah lampau yang hanya berdasarkan duniawi.
Itu, aku pasti. Malah tersangat pasti.
Andai sahaja dapat aku terangkan perasaanku ketika ini. Andai sahaja dapat aku berkongsi sedikit rasa hati. Andai sahaja dapat aku beri rasa indah ini. Pasti sudah aku beri. Pasti sudah aku kongsi.
Aku mahu kau rasa perasaan itu. Perasaan indah mencintai Ilahi. Perasaan indah yang langsung tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Perasaan yang langsung tiada tolok bandingnya.
Andai sahaja dapat aku kongsi.
Sahabat, aku mahu kau tahu. Kau sentiasa ada dalam doaku. Aku mahu kau tahu. Yang aku sentiasa mendoakanmu untuk menemukan jalan terindah dalam hidupmu. Aku mahu kau tahu, aku mahu jadi temanmu. Selamanya. Hingga ke syurga.
Kamu janji, tunggu aku ya?





:: penyejuk mata dan menjemput bidadari ::





Buat kaum Adam, para muslimin, ikhwani yang dihormati, yang bakal menjemput bidadari sang ratu hati, dan yang sudah menjemput bidadarinya.
Juga buat kaum Hawa, para muslimat, yang bakal dijemput sebagai bidadari, dan yang sudah dijemput dan sedang melalui alam perkahwinan.
Sekalian manusia menginginkan perkahwinan yang bahagia, alam cinta yang indah. Tiada yang menginginkan perkahwinan yang penuh duka dan duri. Inginkan bahagia, maka hendaklah dituruti jalan yang betul, agar sampai ke destinasi bahagia. Apakah yang menjadikan satu perkahwinan itu bahagia? Apakah jalannya?
Mahligai cinta yang bahagia lagi berseri, ada harganya. Harganya, adalah persediaan dan usaha yang betul sebaik-baiknya, sehingga layak bagi kita untuk memiliki mahligai bahagia, kurniaan Allah s.w.t. Persediaan demi persediaan. Usaha demi usaha.
Apakah usaha-usaha yang perlu kita lakukan, apakah tindakan-tindakan yang perlu kita ambil? Ada beberapa perkara yang perlu kita teliti.
Asas dan Halatuju Mahligai Cinta
Antara aspek penting yang perlu kita beri perhatian. Asas dan halatuju mahligai yang dibina.
"Dan izinkan kujemput bidadari. Untuk bersama menuju-Mu mengisi hari."
Sedap dan indah didengar dan dilafaz. Namun lebih indah lagi, apabila usaha ke arah menujuNya dilakukan dan dilaksanakan. Asas dan halatuju cinta insani ialah cinta Ilahi. Apabila asasnya betul, asasnya kukuh, nescaya bahagia hadir mendamaikan kehidupan. Sekiranya asasnya rapuh, bahagia menjadi sesuatu yang amat sukar dimiliki, very elusive.
Dan semestinya, apabila bercinta, hendak bercinta sehingga ke syurga. Syurga akhirat, Jannatullah.
 
Firman Allah Ta'ala:
Wahai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan bersungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemui-Nya.
*Manusia di dunia ini baik disedarinya atau tidak adalah dalam perjalanan kepada Tuhannya. Dan tidak dapat tidak dia akan menemui Tuhannya untuk menerima pembalasanNya dari perbuatannya yang baik dan buruk.
Inilah halatuju mahligai cinta yang dibina. Cinta hingga ke syurga. Begin with the end in mind. Apabila betul dan tepat halatuju, disusuli dengan usaha dan amal yang bertepatan, disulami doa dan tawakkal kepada Maha Pemberi, nescaya mahligai cinta yang dibina bahagia, berkekalan dan berseri di bawah naungan redha dan rahmat Allah s.w.t.
Apakah usaha dan amal tersebut? Ia adalah usaha dan amal yang melayakkan kita kelak untuk menerima kitab amal dengan tangan kanan. Sama-sama kita renungkan.
Akhlaq Mulia
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Kaum mukminin yang paling sempurna perihal keimanannya ialah yang terbaik akhlaqnya antara mereka itu, dan yang terbaik antara kalian ialah yang terbaik akhlaqnya terhadap kaum wanitanya."
(Riwayat Imam Tirmidzi)
Akhlaq adalah satu aspek atau kriteria yang dinilai oleh ibubapa dalam pertimbangan mereka tentang sejauh mana anak mereka bersedia dalam menggalas tanggungjawab sebuah perkahwinan. Akhlaq diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk 'melepaskan' anda ke dunia lain yang lebih mencabar, iaitu perkahwinan.
Ia juga satu kriteria yang dinilai oleh bidadari yang ingin dijemput, dan ibubapa kepada bidadari itu.
Sabda Rasulullah s.a.w. :
"Apabila datang (meminang) kepada kamu orang yang kamu redha agama dan akhlaqnya, maka hendaklah kamu mengahwinkannya. Sekiranya kamu tidak melakukannya nescaya akan timbul fitnah dan kerosakan di atas muka bumi."
(HR Tirmidzi – Hadis Hasan Gharib)
Hadis ini, pelajaran kepada para ibubapa, juga yang bakal menjadi ibubapa kelak:
1.    Kriteria penilaian nombor satu untuk bakal menantu, adalah kriteria akhlaq mulia.
2.    Bukan bermakna kriteria harta, keturunan dan keindahan wajah tidak penting. Semua itu perlu dipertimbangkan, namun nombor satu adalah berakhlaq mulia.
3.    Didiklah putera-puteri kesayangan agar menjadi Muslim dan Muslimah yang berperibadi mulia dan indah.
Pelajaran buat yang bakal menjemput bidadari dan yang bakal dijemput, berusahalah hiasi diri dengan akhlaq indah dan mulia, mencontohi teladan utama kita Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.a., dan daripada mereka yang mengalir keindahan akhlaq baginda s.a.w. pada diri mereka, dikalangan para ulama', murabbi, keluarga terdekat dan insan-insan yang soleh dan solehah.
Satu Amanah
Sabda Rasulullah s.a.w. , sebahagian daripada hadis yang panjang:
Maka bertaqwalah kalian kepada Allah dalam hubungan dengan wanita, sesungguhnya kamu telah mengambil mereka (sebagai amanah) melalui perjanjian dengan Allah. (Riwayat Muslim)
Buat para muslimin dan para suami, beramallah dengan amal ahli syurga iaitu amal-amal soleh, dan jadikanlah isteri kita wanita syurga.
Buat para muslimat dan para isteri, taatilah suami kalian, selagimana halatujunya adalah redha dan syurga Allah.
Semoga redha Allah sentiasa bersama dengan kita.
Advertisement - ILIN1

Advertisement - ILIN2


:: ajal sedang mengejarmu ::





Al-Hafiz Al-Hakami dalam sebuah syairnya, mengatakan :
Ingatlah kematian dan peristiwa-peristiwa terjadi selepas itu;
tidak seorang pun yang dapat melepaskan diri daripadanya.
Kematian merupakan penentuan segalanya;
segala sesuatu menjadi jelas akibatnya.
Kubur boleh menjadi sebuah taman syurga;
dan boleh pula menjadi lubang neraka.
Jika ia baik, maka setelahnya itu
adalah kenikmatan yang tiada bandingannya dari Tuhan.
Jika ia jahat, maka setelahnya itu;
adalah kesengsaraan jauh lebih dahsyat.
Demi Allah, sekiranya kau tahu apa yang berlaku selepas itu;
tentulah kau tidak akan tertawa malah banyak menangis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...